Ya. POLIMAS dan politeknik-politeknik lain sememangnya menyediakan tempat kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak. Anda boleh mengikuti kursus Bridging di Politeknik mengikut kursus yang anda pohon. Permohonan bolehlah buat secara atas talian.Syarat kelayakan masuk untuk semua Program Bridging Lulusan Sijil Kolej Komuniti adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.00 atau lebih pada semester akhir DAN
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Semua permohonan kemasukan ke politeknik di buat di atas talian melalui www.politeknik.edu.my.
Sila datang atau hubungi Unit Peperiksaan POLIMAS di talian 04-9146100 samb. 6410 (Kaunter UP),6598 (Peg. Peperiksaan)
Politeknik yang sedang beroperasi adalah sebanyak 30 Politeknik diseluruh Malaysia.
POLIMAS terletak di daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Jarak di antara POLIMAS dengan Pusat Bandar Alor Setar adalah lebih kurang 22km melalui Lebuhraya Utara Selatan atau jalan raya utama. POLIMAS berada bersebelahan dengan Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan Darulaman (IPDA) dan Institut Latihan Perindustrian. Kawasan ini juga adalah kawasan perindustrian di Bandar Darulaman.
Sila berhubung atau datang terus ke Unit Pentadbiran POLIMAS atau hubungi En Azizy Abdullah ditalian 04-9146100 samb. 6324. Permohonan adalah dengan mengisi borang yang telah disediakan.
Pelajar Politeknik Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Walaubagaimanapun mulai 1 Jan 2005, semua pelajar peringkat Sijil juga akan ditaja oleh PTPTN.