Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Soalan Lazim

Pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong di POLIMAS
Semua permohonan perjawatan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)- untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT). Permohonan adalah secara di atas talian di http://www.spp.gov.my/.
Untuk jawatan bukan akademik adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my)
Pertanyaan mengenai sewaan fasiliti seperti padang permainan, dewan dan sebagainya.
Sila berhubung atau datang terus ke Unit Pentadbiran POLIMAS atau hubungi En Azizy Abdullah ditalian 04-9146100 samb. 6324. Permohonan adalah dengan mengisi borang yang telah disediakan.
Bagaimana caranya untuk saya memohon kemasukan ke politeknik?
Semua permohonan kemasukan ke politeknik di buat di atas talian melalui www.politeknik.edu.my.
Bagaimana saya boleh dapat salinan transkrip sekiranya hilang dalam simpanan?
Sila datang atau hubungi Unit Peperiksaan POLIMAS di talian 04-9146100 samb. 6410 (Kaunter UP),6598 (Peg. Peperiksaan)
Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di Politeknik?
1. Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester (dibayar semasa pendaftaran)
Bayaran Lain - Ditetapkan oleh Politeknik masing-masing (anggaran RM 500)
Berapakah bilangan Politeknik yang sedang beroperasi pada masa kini?
Politeknik yang sedang beroperasi adalah sebanyak 30 Politeknik diseluruh Malaysia.
Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar Politeknik?
Pelajar Politeknik Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Walaubagaimanapun mulai 1 Jan 2005, semua pelajar peringkat Sijil juga akan ditaja oleh PTPTN.
Adakah POLIMAS menawarkan tempat kepada pelajar lulusan Kolej Komuniti?
Ya. POLIMAS dan politeknik-politeknik lain sememangnya menyediakan tempat kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak. Anda boleh mengikuti kursus Bridging di Politeknik mengikut kursus yang anda pohon. Permohonan bolehlah buat secara atas talian.Syarat kelayakan masuk untuk semua Program Bridging Lulusan Sijil Kolej Komuniti adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.00 atau lebih pada semester akhir DAN
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Di manakah letaknya POLIMAS?

POLIMAS terletak di daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Jarak di antara POLIMAS dengan Pusat Bandar Alor Setar adalah lebih kurang 22km melalui Lebuhraya Utara Selatan atau jalan raya utama. POLIMAS berada bersebelahan dengan Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan Darulaman (IPDA) dan Institut Latihan Perindustrian. Kawasan ini juga adalah kawasan perindustrian di Bandar Darulaman.

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my