Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Jabatan Perdagangan

 PENGENALAN

Jabatan Perdagangan (JP) adalah salah sebuah jabatan yang terdapat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman.
Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 2 orang Ketua kursus disamping seramai 57 pensyarah yang terdiri dari pelbagai
latar belakang akademik dari  pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. JP menawarkan kursus di peringkat diploma dalam bidang berikut :-

  • Diploma Akauntansi
  • Diploma Pemasaran

 

MATLAMAT

  • Menyediakan program pendidikan berkaitan pemasaran dan perakauanan bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing
  • Memenuhi keperluan dan kehendak industri di bidang pemasaran dan perakaunan
  • Melahirkan pelajar yang berdaya maju dan berdaya saing selaras dengan keperluan pada masa hadapan

 

KAEDAH PENGAJARAN

Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Jabatan Perdagangan menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori (bilik kuliah) dan
amali (aktiviti di makmal Komputer). Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar seperti penggunaan modul, Komputer dan CIDOS. 

 

PROSPEK PEKERJAAN

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan dan pemasaran yang boleh digunapakai secara meluas untuk kerjaya dalam
bidang perakaunan dan pemasaran.

Pengetahuan dan kemahiran diperolehi graduat daripada program ini akan membolehkan mereka untuk
menyertai pasaran kerja seperti berikut: -

  • Akauntan
  • Penasihat Jualan
  • Perbankan
  • Eksekutif pemasaran
  • Percukaian
  • Pengauditan
  • Bekerja sendiri dalam bidang yang berkaitan
  • Usahawan
 

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my