Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Jabatan Pengajian AM

AKADEMIK ~ Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am yang terdiri daripada Unit Pendidikan Islam (UPI) dan Unit Bahasa Inggeris (ELU). JPA berfungsi
sebagai sebuah jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk yang lain dalam menyediakan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi kursus-kursus wajib dan elektif di bawah UPI dan ELU di POLIMAS.

Matlamat utama Unit Pendidikan Islam ialah untuk menyemai dan menanam nilai-nilai yang baik
di kalangan para pelajar. Unit ini menawarkan tujuh kursus wajib dan satu kursus elektif untuk semua pelajar
bagi lima jabatan induk.

Manakala Unit Bahasa Inggeris pula bertanggungjawab menyedia dan membantu  pelajar-pelajar dalam
penguasaan Bahasa Inggeris serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar
Diploma bagi semua pelajar di lima jabatan induk.

Terdapat 35 orang pensyarah yang bersedia untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
Para pensyarah di Jabatan Pengajian Am juga komited dalam merealisasikan masyarakat cemerlang,gemilang dan terbilang.

 

PENTADBIRAN ~ Jabatan Pengajian Am

Ketua Jabatan                                    :       Helan Nor bin Abdullah
Penolong Ketua Jabatan                      :      Hj. Muhd Luthffi Ameer b Abdullah
Ketua Unit Pendidikan Islam & Moral    :     Mohamad Shahril b Zainuddin
Ketua Unit Bahasa Inggeris                 :      Nuzaimah bt Muda
Pensyarah                                          :     35 orang

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN PENGAJIAN AM

~UNIT PENDIDIKAN ISLAM

  • MPU1012 - Kursus Pengajian Malaysia (JTMK)
  • DUB1012 - Kursus Pengajian Malaysia
  • MPU2012 - Kursus Pengajian Islam
  • DUB2012 - Kursus Nilai Masyarakat Malaysia
  • DUA2022 - Kursus Pengurusan Dalam Islam
  • DUA2012 - Kursus Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
  • DUA6022 - Kursus Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam
  • AA301      - Kursus Tamadun Islam
~UNIT BAHASA INGGERIS
  • DUE1012 - Communicative English 1
  • DUE3012 - Communicative English 2
  • DUE5012 - Communicative English 3

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my