Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Layari laman web JKM POLIMAS di http://jkmpolimas.webs.com

PENGENALAN

Penubuhan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bermula pada tahun 1984 dengan menerima pelajar
pertamanya pada sesi pengajian Julai 1984. JKM telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif
sejajar dengan kehendak Visi dan Misi POLIMAS. JKM menawarkan 5 program pengajian iaitu :

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal 
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Secara umumnya, program yang ditawarkan  di JKM bertujuan untuk menghasilkan tenaga
kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari
dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia
sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk untuk memberi pendedahan 

kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi
pelbagai bidang teknikal yang akan memberi peluang yang luas kepada pelajar yang mengikuti kursus ini.
Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad ke dua puluh satu selaras dengan
hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia yang akhirnya akan memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.Pelajar yang mengikuti kursus ini berpeluang menjalani latihan praktikal dalam
bidang pemesinan,kimpalan, pengaturcaraan komputer, proses pembuatan, CNC dan pengujian bahan.
Di samping menekankan bahawa kejuruteraan mekanikal adalah satu bidang yang praktik,
kursus ini juga bertujuan melatih pelajar supaya dapat berinteraksi dengan teknologi baru.
Modul yang dipelajari termasuk Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Lukisan Kejuruteraan,
Teknologi Bahan,Teknologi Elektrik, Aplikasi Komputer, Mekanik Bendalir, Kajidaya Bahan, Kajidaya Mesin,
Teknologi Woksyop, Lukisan Terbantu Komputer,Amalan Bengkel Mekanikal, Pnematik &Hidraulik,
Rekabentuk Kejuruteraan dan juga Teknologi Kejuruteraan Loji.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus bagi kursus diploma untuk
mendapat pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran
adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan,
persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada
semester akhir bagi pelajar diploma untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama.
Lulusan diploma kejuruteraan mekanikal ini boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di
universiti tempatan mahupun luar negara.

Peluang pekerjaan –

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik / Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
  • Technical Assistant
  • Assistant Service Manager
  • Assistant Engineer
  • Junior Engineer.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)   direka untuk memberi pendedahan kepada
pelajar pelbagai teknik dalam industri pembuatan serta penggunaan mesin terkini dalam pembuatan.
Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikalmembawa kepada pengkhususan
dalam bidang pembuatan. Pelajar – pelajar akan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, penyelenggaraan,
melaksanakan sistem pembuatan yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan
serta peralatan di mana dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri.

Di dalam kursus ini juga pelajar–pelajar akan diberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang
Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Terbantu Komputer,
Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik serta Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan
beberapa elektif yang perlu diambil untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang pembuatan.

Dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran, strategi yang digunakan adalah
merupakan gabungan antara syarahan kerja amali, kajian kes, perbicangan dalam kumpulan,
persembahan, tugasan dan latihan industri. Sementara penilaian pelajar akan berdasarkan kepada
keputusan peperiksaan akhir dan penilaian markah berterusan yang dinilai sepanjang semester
pengajian berdasarkan kepada aspek kuiz, ujian dan tugasan yang diberikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Peluang pekerjaan – • Pengaturcara CNC

  • Tool and Die & Mould Maker
  • Perekabentuk CAD/CAM
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Perekabentuk Sistem Pembuatan Automatik
  • Juruteknik Penyelenggaraan
  • Penganalisa CAE
  • Pengawal Kualiti
  • CNC Programmer
  • Production/Process Planner
  • Purchasing Technician
  • Product Designer

 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan
teori dan praktik untuk membolehkan mereka mengendali dan mengawal loji-loji kuasa di sektor
awam dan swasta. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan
seterusnya membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan loji. Modul pengkhususan adalah
Lukisan Perkhidmatan Loji, Amalan Bengkel Loji, Kejuruteraan Loji Kuasa, Selenggaraan Loji,
Pneumatik & Hidraulik dan Sistem Kawalan Loji di samping modul teras dan beberapa modul elektif
yang pelajar perlu diambil. Lulusan dalam bidang ini dapat menceburi pekerjaan dalam pelbagai
industri kujuruteraan mekanikal dan industri-industri yang menggunakan loji kuasa.Kursus ini juga
dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan
negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat
falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus diploma untuk mendapat
pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah
merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan,
persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan
pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan
kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat
ijazah pertama di Universiti yang berkaitan.

Peluang pekerjaan

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik / Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaraan Kejuruteraan Mekanikal
  • Pembantu Jurutera Loji
  • Plant Maintenance & Operation Technician
  • Plant Operator
  • General Technician
  • Apprentice (Boiler man & Steam Engineer).

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) 

Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ini memberi pendedahan asas yang luas
dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam
bidang kejuruteraan plastik serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah
Proses Pengeluaran Plastik, Rekabentuk Produk Plastik, Amalan Bengkel Plastik, Bahan Plastik,
Pengalatan Prototaip Pantas, Teknologi Plastik dan Rekabentuk Acuan & Die Plastik di samping
modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu ambil. Kursus ini direkabentuk untuk
melahirkan tenaga kerja separa iktisas/juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri plastic
dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain

Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras
dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus diploma untuk mendapat
pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran
adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam
kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan
secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk   memberi peluang
kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma   boleh melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di Universiti.

Peluang pekerjaan —

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik/Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
  • Pereka barangan plastik
  • Plastic Production Technician
  • Assistant Engineer
  • Mould Designer
  • Assistant Research Officer

Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekatronik direkabentuk untuk menampung keperluan
terhadap tenaga kerja separa mahir yang semakin meningkat dalam bidang ini. Kursus ini
merangkumi teori dan amali yang mantap serta latihan industri bagi menyediakan para pelajar
menghadapi dunia pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik melahirkan
para lulusan yang berkebolehan dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah.
Modul teras kejuruteraan terdiri daripada modul-modul kejuruteraan mekanikal dan elektronik.
Tahapsetiap modul bermula dari peringkat asas sehingga tinggi disamping kerja-kerja makmal dan
bengkel yang berkaitan. Struktur kurikulum yang disediakan akan membolehkan para pelajar
mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek pelajar semester akhir. Pelajar diwajibkan menjalani
latihan industri selama enam bulan ketika di semester empat untuk didedahkan dengan perkembangan
teknologi semasa disamping mengalami persekitaran kerja sebenar. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan
sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar yang baik dan bertanggungjawab.

Terdapat juga modul elektif yang dipelajari sebagai tambahan seperti Pengurusan Perindustrian,
Rekabentuk Kejuruteraan, Vbasic, Kawalan Kualiti, Elektronik Perindustrian, Komunikasi Data, CAD dan PLC.
Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara syarahan, kerja bengkel,
kerja amali, kajian kes perbincangan dalam kumpulan, persembahan, tugasan dan latihan industri.
Pelajar juga diberikan satu modul projek di semester akhir untuk dilaksanakan secara berkumpulan
untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi apa yang telah dipelajari. Mereka merekacipta,
membuat kajian kes atau membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada disamping mempelajari kemahiran
menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan. Penilaian pelajar akan berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan dan penilaian berterusan ke atas segala tugasan yang diberikan sepanjang pengajian.

Peluang pekerjaan :

  • Pembantu jurutera mekanikal
  • Pembantu jurutera elektrikal
  • Pembantu teknik mekanikal
  • Pembantu teknik elektrikal
  • Penyelia sistem kawalan
  • Penyelia automasi dan robotik
  • Perekabentuk sistem mekanikal
  • Perekabentuk sistem elektrikal
  • Controller System Supervisor
  • Automation and Robotic Supervisor
  • Mechanical and Electrical System Designer
KEMUDAHAN JABATAN

  • Makmal Kajidaya Bahan
  • Makmal Kajidaya Mesin
  • Makmal Siemens
  • Makmal Metrologi
  • Makmal Teknologi Industri
  • Makmal Robotik
  • Makmal Loji Pengujian
  • Makmal Loji
  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal Pneumatik dan Hidraulik
  • Makmal Plastik dan Rapid Prototype
  • Makmal Automasi
  • Makmal Teknologi Elektrik
  • Makmal Kaji Logam
  • Makmal Instrumentasi dan Kawalan
  • Bengkel Mesin
  • Bengkel Gegas
  • Bengkel Kepingan Logam
  • Bengkel Kimpalan
  • Bengkel Projek
  • Bengkel Pembuatan
  • Bengkel Plastik
  • Bengkel Foundr

1.0       INTRODUCTION

Mechanical Engineering Department POLIMAS is led by a Head of Department and assisted by five head of programme. It is aimed to develop students’ employability skills to meet the needs of dynamic economy, which values innovation and productivity. Programmes include a global perspective that will enable graduates to make a valuable contribution to the wider society as it changes in response to regional and international competition and demand. POLIMAS programmes include a variety of Outcome-Based Education teaching approaches, adding value to POLIMAS teaching and learning that caters students’ needs in seeking for a quality polytechnic education and training. Mechanical Engineering Department offered five programmes:

  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing)
  • Diploma in Mechanical Engineering (Plant)
  • Diploma in Mechanical Engineering (Plastics)
  • Diploma in Mechatronic Engineering

DIPLOMA IN MECHANICAL ENGINEERING

Diploma in Mechanical Engineering at Polytechnic’s Ministry of Education Malaysia is designed to cover the current wide discipline of mechanical engineering with added specialization subjects in the field of mechanical engineering. Core courses offered include Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing,Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components & Maintenance. The elective courses are Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and ComputerApplication. Common core courses included in the programme are Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health and Entrepreneurship. Compulsory courses offered include Communicative English, Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam and Ko-Kurikulum would provide students with interpersonal ability, attitude and professionalism towards their career.

DIPLOMA IN MECHANICAL ENGINEERING (MANUFACTURING)

Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing) Programme is designed as a part of mechanical engineering discipline focusing in manufacturing field. The core discipline courses include Engineering Drawing, Computer Aided Design, and Electrical Technology enhances the student knowledge and capabilities. In order to enrich student manufacturing knowledge, the specialized courses such as

  • Manufacturing System, Manufacturing Workshop Practice, Computer Aided
  • Manufacturing Design, Industrial Robotics, Manufacturing Control, Quality Control,
  • Jigs, Fixtures & Tooling Design, Material Technology and Manufacturing Economy are introduced.

DIPLOMA IN MECHANICAL ENGINEERING (PLANT)

Diploma in Mechanical Engineering (Plant) is designed to cover the current wide discipline of mechanical engineering with added specialisation in the area of plant. The broad-based mechanical engineering foundation courses which includes

  • Computer Application, Engineering Drawing, Computer Aided Design, Occupational
  • Safety and Health and Mechanical Workshop provides versatility to the graduates, thus emphasizing the area of specialisation in mechanical and plant. The specialized courses include Plant Maintenances, Plant Engineering Practices, Power Plant Engineering, Plant Control System and Plant Service Drawing.

DIPLOMA IN MECHANICAL ENGINEERING (PLASTICS)

Diploma  In Mechanical  Engineering  (Plastic)   in Malaysian  Ministry  of Higher Education  Polytechnic  is designed  to cover the Mechanical Engineering  (Plastic) discipline   with  added  specialization  subjects  in the field  of Mechanical Engineering  (Plastic). Core courses offered include Engineering  Mechanics,  Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology,   Computer  Aided  Design,  Thermodynamics, Engineering Laboratory, Fluid Mechanics,  Strength Of Materials,  Pneumatic  & Hydraulics, Project, Material Science, Plastic Production  Process,  Plastic Workshop  Practice,  Plastic Technology,  Machining  Workshop  Practice, Plastic Material Testing, Plastic Product Design, Mould And Die Design, Plastic Modelling and CAE. The elective courses are Quality Control and Advanced CAD.   Common   core courses   included   in the programme   are Engineering   Mathematics, Engineering Science, Occupational Health & Safety and Entrepreneurship. Compulsory courses offered include Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Communicative English, Sukan, Kelab/Persatuan, Asas Unit Beruniform dan Unit Beruniform would provide students with interpersonal ability, attitude and professionalism towards their career.

DIPLOMA IN MECHATRONIC ENGINEERING

Diploma in Mechatronic Engineering at Polytechnic’s Ministry of Education Malaysia is designed to cover the current wide discipline of mechatronic engineering with added specialization subjects in the field of mechatronic engineering. Core courses offered include Engineering Drawing, Mechatronic Workshop Practice, C Programming, Electrical Technology, Thermo fluid, Engineering Mechanics,Computer Aided Design, Electronic System, Strength of Materials, Industrial Electronics, Digital System, Programmable Logic Controller, Control System, Pneumatic & Hydraulics, Power Electronics, Project, Industrial Automation, Power Transmission Mechanism and Embedded System Application. Graduates are also required to complete one elective course at each semester 5 and 6 with a minimum total of four credits. Elective courses include Microprocessor, CADCAM, Industrial Robotics, Industrial Management, C++ Programming, Diagnosis & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Common core courses included in the programme are Occupational Health & Safety, Engineering Mathematics, Engineering Science and Entrepreneurship. Compulsory courses offered include Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Communicative English, Sukan, Kelab/Persatuan, Asas Unit Beruniform dan Unit Beruniform would provide students with interpersonal ability, attitude and professionalism towards their career.

PROGRAMME AIMS

Graduates of Diploma in Mechanical Engineering included in field of Manufacturing, Plant, Plastics and also Graduates Diploma in Mechatronic Engineering programme will have knowledge, skills and attitude that will allow them to make tangible contributions and meet new technical challenges.  They will possess entrepreneurial skills, practice good work ethics, be able to promote good moral and behaviour, and continuously enhance their knowledge and skills.  The graduates will communicate and interact responsibly and be able to contribute effectively as a team member. They will also be adaptable to new changes at the workplace.

PROGRAMME LEARNING OUTCOME

  1. Apply knowledge of mathematics, science, engineering fundamentals and social science to well-defined mechanical engineering procedures and practices.
  2. Analyse well-defined mechanical engineering specializing in manufacturing problems with respect to operation and maintenance, including troubleshooting.
  3. Conduct investigations and assist in the design of solutions for mechanical.
  4. Apply appropriate techniques, resources, and engineering tools to well-defined mechanical activities, with an awareness of the limitations.
  5. Demonstrate an awareness and consideration for societal, health, safety, legal and cultural issues and their consequent responsibilities.
  6. Communicate effectively with the engineering community and society at large.
  7. Function effectively as an individual and as a member in diverse technical teams
  8. Demonstrate an understanding of professional ethics, responsibilities and norms of engineering practices.
  9. Demonstrate an awareness of management and entrepreneurship.
  10. Demonstrate an understanding of the impact of engineering practices, taking into account the needs for sustainable development
  11. Recognise the needs for professional development and to engage in independent and lifelong learning.

JOB PROSPECT

This programme  provides  the knowledge  and skills in Mechanical  Engineering  field that  can  be applied  to a broad  range  of careers  in Mechanical  Engineering Plastics.  The knowledge and skills that the students acquire from the programme will enable them to participate in the job market as:

-Technical Assistant
-Assistant Service Manager
-Service Advisor
-Supervisor
-Assistant Engineer
-Technician
-Technical Instructor
-Technical Sales Executive
-Controller System Supervisor
-Automation and Robotic Supervisor
-Mechanical and Electrical System Designer
-Sales Engineer

ACCREDITATION

Programme offered by Mechanical Engineering Department, Polytechnic Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah had been achieved Deem Accredited by following:

Diploma in Mechanical Engineering FA3220

Diploma in Mechanical Engineering (Plant) FA3221

Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing) FA3222

Diploma in Mechanical Engineering (Plastics) FA3223

Diploma in Mechatronic Engineering FA3224

 

 
 

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my