Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan
tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing.
Graduat yang dihasilkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS sering mendapat permintaan
tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan
serta dibantu oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik, Ketua Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), 80 orang pensyarah yang dibantu oleh dua orang
Pembantu Makmal dan seorang Pembantu Am Rendah. Program-program yang ditawarkan oleh
Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah :
a) Diploma Kejuruteraan Elektrik – DET
b) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) – DEP

PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING)

Diploma Kejuruteraan Elektrik merangkumi disiplin kejuruteraan elektrik dengan penekanan dalam
bidang penjanaan kuasa dan penghantaran. Program ini direkabentuk dengan ilmu-ilmu elektrik dan
elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, komputer asas dan pengaturcaraan,
peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian, sistem kuasa dan reka bentuk terbantu komputer
yang menyediakan fleksibiliti untuk graduat. Menjelang akhir program, graduat dilengkapi dengan
kursus pengkhususan yang merangkumi Sistem Perlindungan Kuasa, AC dan DC Kawalan Motor,
Kuasa Elektronik dan Penyelenggaraan Elektrik. Selain dari pengetahuan teknikal dan kemahiran,
program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu
dan holistik melalui kursus-kursus pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan
keusahawanan.

Matlamat program
Menghasilkan graduat diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik yang berpengetahuan, berkemahiran
teknikal, berkemahiran berkomunikasi dan bersikap sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan
cabaran kemajuan dan teknologi yang baharu dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome)
Setelah tamat program ini, graduat seharusnya boleh;
  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam prosedur dan amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan baik
  • Menunjukkan kemahiran praktikal termasuk keupayaan untuk menyelesaikan masalah, membaik pulih dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi peralatan elektrik dan elektronik
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya
  • Menggunakan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas yang diberikan
  • Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakat, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan budaya, isu-isu dan tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambilkira keperluan untuk pembangunan masyarakat mampan
  • Mengiktiraf keperluan untuk pembangunan profesional dan terlibat dalam pengambilalihan bebas pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
  • Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik
  • Berfungsi secara individu atau berpasukan dengan berkesan serta berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Prospek Pekerjaan
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik yang boleh
digunapakai secara meluas untuk kerjaya dalam bidang penjanaan kuasa dan industri pembuatan.
Pengetahuan dan kemahiran diperolehi graduat daripada program ini akan membolehkan mereka untuk
menyertai pasaran kerja seperti berikut: -
  • Juruteknik Elektrik
  • Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
  • Pembantu Juruteknik
  • Penyelia Kejuruteraan Elektrik
  • Pembantu Jurutera
  • Bekerja sendiri dalam bidang yang berkaitan
  • Usahawan

PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) - (DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (COMMUNICATION)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin kejuruteraan elektronik yang
luas dengan penkhususan dalam teknologi perhubungan. Program ini direkabentuk dengan asas-asas
komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik
dan rekabentuk terbantu komputer yang menyediakan graduat yang berketrampilan, disamping memberi
penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang
terlibat dalam program ini adalah telefoni, perhubungan gentian optik, komunikasi data, perhubungan
tanpa wayar dan peranti gelombang mikro. Selain dari pengetahuan teknikal dan kemahiran yang diterapkan,
program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan
holistik melalui kursus-kursus pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.

Matlamat program

Menghasilkan graduat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi berpengetahuan, berkemahiran teknikal, berkemahiran berkomunikasi dan
bersikap sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran kemajuan dan teknologi yang baharu
dalam bidang elektronik komunikasi.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome)

Setelah tamat program ini, graduat seharusnya boleh;
  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam prosedur dan amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan baik
  • Menunjukkan kemahiran praktikal termasuk keupayaan untuk menyelesaikan masalah, membaik pulih dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi peralatan elektrik dan elektronik dengan pengkhususan dalam elektronik komunikasi
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya
  • Menggunakan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas yang diberikan
  • Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakat, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan budaya, isu-isu dan tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambilkira keperluan untuk pembangunan masyarakat mampan
  • Mengiktiraf keperluan untuk pembangunan profesional dan terlibat dalam pengambilalihan bebas pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
  • Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik
  • Berfungsi secara individu atau berpasukan dengan berkesan serta berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Prospek Pekerjaan

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan perhubungan yang
boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi graduat daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut: -
  • Pembantu Jurutera / Eksekutif Teknikal
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyelia
  • Pembantu Jurutera Frekuensi RadioPembantu Pereka teknikal
  • Bekerja sendiri dalam bidang yang berkaitan
  • Usahawan
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pentadbir Rangkaian
Akreditasi (Accreditation)
Program yang ditawarkan di JKE telah mendapat status Deem Accreditated yang membawa maksud program-program ini telah diiktiraf oleh pihak JPA. Nombor Rujukan MQR Program
Nombor Rujukan MQR Program
11060 Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi) - DEP
11054 Diploma Kejuruteraan Elektrik - DET
Diploma Kejuruteraan Elektrik - DET

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my