Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Jabatan Kejuruteraan Awam

PENGENALAN

Salah satu antara jabatan yang berada di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah adalah
Jabatan Kejuruteraan Awam.Di sinilah para pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam
akan di tempatkan di sepanjang sesi pengajian mereka Jabatan ini mempunyai seorang Ketua
Jabatan dan terdiri hampir lebih 93 orang pensyarah yang memiliki kemahiran dan kepakaran
dalam bidang masing-masing. Kursus Perancangan Bandar Dan Wilayah adalah merupakan
"niche area" bagi POLIMAS. JKA menawarkan kursus di peringkat diploma dalam bidang berikut :-
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Seni Bina
3. Diploma Perkhidmatan Bangunan
4. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
5. Diploma Ukur Bahan

VISI
Menyediakan Pendidikan dan latihan di bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

MISI
Menyediakan program dan latihan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan
dengan kemudahan dan peralatan terkini yang dilaksanakan oleh pengajar
terlatih dan professional untuk melahirkanlulusan separa professional yang kompeten, inovatif
dan kreatif di bidang kejuruteraan awam.

MATLAMAT
-Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang
berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan
moral yang tinggi .

-Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan
serta program kerjasama .

-Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan
potensi pelajar .

JABATAN KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan di JKA supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
disampaikan dengan cara yang lebih berkesan . Antara kemudahan pembelajaran yang disediakan
bilik kuliah , dewan kuliah yang berhawa dingin, studio senibina, studio perancang, makmal
kejuruteraan awam iaitu makmal jalan raya, makmal hidraulik, makmal ukur, makmal kualiti air,
makmal perkhidmatan bangunan, makmal konkrit, makmal tanah, makmal struktur,
makmal computer dan Cad, bengkel kayu, bengkel paip, bengkel elektrik, bengkel mekanikal
yang mempunyai peralatan yang secukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di JKA menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara
teori dan amali . Pengajaran di jalankan dengan menggunakan alat bantu mengajar multimedia yang
bersesuaian seperti OHP, tayangan video, penggunaan komputer, penggunaan peralatan-peralatan

bengkel dan makmal yang bersesuaian dengan sukatan matapelajaran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran masa kini lebih banyak menekankan "Outcomes Besed Education(OBE)".

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my