A- A A+

Pilihan Bahasa :

 

 


Centre of Technology
(COT) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah diwujudkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) pada tahun 2012. Pada 2015, ia kemudiannya telah ditukar nama kepada Centre of Town and Regional Planning (CToP) sejajar dengan nama dan fungsinya, yang berfokuskan kepada bidang tujahan Perancangan Bandar dan Wilayah. Visi dan misi penubuhan CToP adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran. Pada 18 April 2017, CToP telah mendapat pengiktirafan sebagai Centre of Technology (COT) Politeknik setelah diaudit oleh Panel Penilai Luar.

Centre of Town and Regional Planning (CToP) dapat diklasifikasikan sebagai sebuah pusat rujukan berkonsepkan perkongsian dan pemindahan pengetahuan dan teknologi dalam pelbagai bidang kepakaran melalui kerjasama aktif dan strategik bersama pihak industri, awam, NGO dan ilmuan. Selain itu, CToP juga mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan serta menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah bagi meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam atau luar negara.

Secara umumnya, Perancangan bandar dan wilayah adalah asas teknikal berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran bandar termasuk jaringan pengangkutan. Ia berkait dengan penyelidikan dan analisa, rancangan strategik, seni bina, reka bentuk bandar, rancangan pengekalan sejarah, perbincangan dengan pihak awam, cadangan polisi, perlaksanaan dan pentadbiran. Fokus CToP adalah berorientasikan perkhidmatan seperti pengumpulan maklumat, rancangan pembangunan fizikal, kajian guna tanah, kajian lalulintas, reka bentuk pelan landskap, pelan susun atur perumahan, komersial dan industri dan program latihan yang berkaitan dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.

Konsep COT politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Sebagai contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam membentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan / Pusat Penyelidikan / Institut Penyelidikan / Pusat Perkhidmatan.
 
COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui:
  • Pemberian Perkhidmatan Kepakaran.
  • Pelaksanaan Penyelidikan Dan Inovasi.
  • Peningkatan Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran.COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti masyarakat dan industri berkaitan.
Secara umumnya COT politeknik adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.
 
Konsep COT politeknik dapat dijelaskan berdasarkan Rajah 1 di mana bulatan di bahagian tengah rajah mewakili elemen atau aktiviti teras COT iaitu;
  1. Perkhidmatan Kepakaran (Expert Services - ES),
  2. Penyelidikan & Inovasi (Research and Innovation - R&I), dan
iii.   Pengajaran & Pembelajaran (Teaching and Learning - T&L),
 
manakala 4 elemen lain mengelilingi bulatan iaitu;
 
  1. Kolaborasi (Collaboration),
  2. Penerbitan (Publication),
iii.   Pengiktirafan (Recognition), dan
  1. Pendapatan (Income),
 
mewakili elemen penting untuk melihat kekuatan dan kejayaan sesebuah COT politeknik.
 

                             

     
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account