A- A A+

Pilihan Bahasa :

 

 

Items filtered by date: Jun 2017

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI FESTIVAL AGROMAKANAN & BIOTEKNOLOGI 2017 FAMB'17)


Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik akan menganjurkan Festival AgroMakanan dan Bioteknologi 2017 (FAMB 2017) di Sandakan, Sabah.

Maklumat adalah seperti berikut
 
                         Tarikh               :  11 hingga 12 Oktober 2017
                          Masa                :  8.00 pagi hingga 5.00 petang
                         Tempat              :  Politeknik Sandakan Sabah
 


SKOP PERSIDANGAN
 

Staf akademik dari Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTA/IPTS adalah dijemput untuk menghasilkan penulisan penyelidikan ilmiah yang dibentangkan di peringkat kebangsaan.
 
Skop persidangan adalah seperti berikut:
Akuakultur
Agroteknologi
Teknologi Makanan
Bioteknologi
Sains Sosial
Pendidikan

TARIKH PENTING FAMB2016

29 Mei
- Call for paper
- Pendaftaran
- Penghantaran abstrak
 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
22 Julai
- Tarikh akhir pendaftaran
- Tarikh akhir penghantaran abstrak
28 Julai
-   Pemakluman penerimaan /penolakan abstrak
6 Ogos
- Tarikh akhir penghantaran kertas penuh
27 Ogos
-Tarikh akhir penghantaran pembetulan kertas penuh
31 Julai - 4 Ogos
-Tarikh pembayaran yuran penyertaan
11 - 12 Oktober
-Tarikh seminar dan pertandingan poster

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Ruzaini binti Ahmad di talian 012-8661057 atau Pn. Hasmidah binti Md. Isa di talian 01131743123.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Seberang Perai (PSP) akan menganjurkan National Innovation & Invention On Robotic & Embedded System 2017 (NIRES17) dengan maklumat seperti  berikut:
        Tarikh              : 26 -27 Julai 2017
Masa                : 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat             : Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai
 3.         NIRES17 merupakan program pertandingan inovasi dan penyelidikan yang melibatkan penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan sekolah menengah seluruh negara. NIRES17 diharap menjadi suatu medium perkongsian
 dan penghargaan kepada para penyelidik yang terlibat. Maklumat lanjut di : https://nires2017.wixsite.com/nires17. Borang penyertaan : https://goo.gl/forms/njsQpwtMyPKjUY4A3.
Y.Bhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
 
 
JEMPUTAN MENYERTAI YOUNG SOCIALPRENEUR PROGRAMME (YS2P) 2017
 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
 
Sukacita dimaklumkan bahawa POLISAS dengan kerjasama KPT, JPP,  JPKK dan PKT Logistics Group Sdn.Bhd
akan  menganjurkan Program YS2P bermula 23 Mac 2017 dan akan berakhir pada Oktober 2017.
 
Sehubungan dengan ini, pihak POLISAS dengan sukacitanya menjemput  penyertaan dari semua Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti
untuk menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mendidik para peserta tentang tanggungjawab sosial korporat (CSR)
dengan menyalurkan dana keuntungan kepada badan-badan kebajikan/ komuniti yang terpilih.
 
Jom Daftar Segera!!!
 
Yuran Pendaftaran Penyertaan (50 kumpulan terbaik) 
~ RM 300 (termasuk makan-minum dan sijil)
 
Sijil Malaysia Book of Records
 ~ RM900 (optional)
 
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk melalui pautan berikut iaitu: http://ys2p.polisas.edu.my
 
TARIKH-TARIKH PENTING:-
 
1.  23 Mac - 22 Jun 2017
       ~ Pendaftaran
 
2. 10 Julai 2017
      ~ Bootcamp
 
3. 11 Julai 2017
       ~ Perhimpunan Malaysia Book of Records
       ~ Pengumuman 20 kumpulan terbaik untuk ditemuduga
       ~ 10 finalist diumumkan & diberi suntikan modal RM1000
 
4. 12 Julai 2017
       ~ Pertandingan Bermula
 
5. 30 September 2017
       ~ Pertandingan Tamat
 
6. Oktober 2017
       ~ Socialpreneur Convention
 
Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan,sila hubungi:
Ketua Koordinator Pertandingan   -  Pn Norhayati binti Yusuf (019-921 8366)
Koordinator Pertandingan             -  Dr. Rozita binti Mokhtar  (013-928 1966)
Koordinator Pertandingan             -  Pn. Rosmawati binti Saidin  (013-908 2003)
 
Sekian, terima kasih.
 
Jawatankuasa Promosi YS2P
POLISAS

                             

     
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account