Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Items filtered by date: March 2017
Salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas
 
2.      Bersama-sama ini, dilampirkan  Surat Jemputan Menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan 2017 anjuran Politeknik Kuching Sarawak untuk perhatian dan tindakan Tuan/Puan .  Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 17 – 21 Mei 2017 di Pusat Petanque Kuching, Santubong Sarawak. Dua kategori akan dipertandingankan iaitu kategori Politeknik/Kolej Komuniti dan Kategori Terbuka.
 
3.      Untuk makluman Tuan/Puan, Borang Penyertaan dan Peraturan Am Pertandingan juga dilampirkan bersama-sama. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diajukan terus kepada Encik Nasirudin (013-3568826) dan Encik Redzuan Safri (019-2467289) atau emel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..">.
 
Kerjasama Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 
Bibie Neo
SETIAUSAHA KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA 2017
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM22 JALAN MATANG
93050 KUCHING SARAWAK
Salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas
 
2.      Bersama-sama ini, dilampirkan  Surat Jemputan Menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan 2017 anjuran Politeknik Kuching Sarawak untuk perhatian dan tindakan Tuan/Puan .  Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 17 – 21 Mei 2017 di Pusat Petanque Kuching, Santubong Sarawak. Dua kategori akan dipertandingankan iaitu kategori Politeknik/Kolej Komuniti dan Kategori Terbuka.
 
3.      Untuk makluman Tuan/Puan, Borang Penyertaan dan Peraturan Am Pertandingan juga dilampirkan bersama-sama. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diajukan terus kepada Encik Nasirudin (013-3568826) dan Encik Redzuan Safri (019-2467289) atau emel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..">.
 
Kerjasama Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 
Bibie Neo
SETIAUSAHA KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA 2017
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM22 JALAN MATANG
93050 KUCHING SARAWAK
Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. akan menganjurkan Young SocialPreneur Programme (YS2P) 2017
Peringkat Kebangsaan. Program ini merupakan Pertandingan Usahawan Muda Sosial di mana keuntungan
yang diperolehi akan disalurkan kepada  badan kebajikan yang memerlukan.
 
Majlis Pelancaran dan Perasmian Young SocialPreneur Programme akan diadakan bersekali dengan
Majlis Penyerahan Projek PPRN dan INNOPLEN 2017 seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh                        :             23 Mac 2017 (Khamis)
Masa                          :             9.15 pagi – 12.00 tengahari
Tempat                      :             Dewan Sri Makmur,
                          Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
           Perasmi                     :             YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin bin Ab. Moin
                                                            Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan
                                                            Kepenggunaan Negeri Pahang
 
Sehubungan itu, pihak POLISAS berbesar hati menjemput wakil dari seluruh Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti
untuk menyertai Pertandingan Young SocialPreneur Programme 2017 tersebut.  Borang penyertaan,
syarat dan kriteria adalah seperti di lampiran. Sebarang  pertanyaan berkaitan pertandingan,
boleh hubungi koordinator berikut:
i.              Pn. Norhayati binti Yusuf                  -           019- 9218366
ii.            Dr. Annafatmawaty binti Ismail         -           019- 9520240
iii.           Pn. Rosmawati binti Saidin              -           013- 9082003 
iv.           Dr. Rozita binti Mokhtar                   -            013- 9281966
 
Maklumat Pertandingan Young SocialPreneur Programme 2017 (YS2P):
 
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia.
Program ini  bertujuan untuk:
 
i.              Membolehkan pelajar-pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti  membangunkan program
keusahawanan dalam bentuk  yang lebih berdaya saing
ii.            Mendidik pelajar-pelajar akan tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyalurkan dana
keuntungan daripada program ini kepada badan-badan kebajikan yang berdaftar secara sah
iii.           Merekodkan penglibatan pelajar-pelajar dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi
mencapai “Most Numbers of Participants in Young Entrepreneurship Competition”
 
Pertandingan Young SocialPreneur 2017 ini akan melibatkan empat (4) fasaiaitu :
 
i)             Fasa 1 : 23 Mac hingga 30 April 2017
·         Majlis Pelancaran dan Pertandingan Young SocialPreneurProgramme
·         Pendaftaran peserta online bermula
 
ii)            Fasa 2 : 15 Mei 2017
·         Boot Camp
·         Perhimpunan Usahawan Muda Paling Ramai bagi tujuan Persijilan Malaysia Book of Records (MBR)
·         Sesi Temuduga
 
iii)           Fasa 3 : 17 Mei hingga 30 Ogos 2017
·         Penyerahan modal kepada finalist
·         Pelaksanaan YS2P bermula
 
iv)          Fasa 4 :  September 2017
·         SocialPreneur Convention
 
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://ys2p.polisas.edu.my
(akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac 2017)
 

Sekian, Terima kasih.
 
 
Jawatankuasa Promosi dan Publisiti
Young SocialPreneur Programme 2017
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Pelajar boleh menyemak JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI DISEMBER 2016 di SPMP (I-EXAM) masing-masing mulai 16 Mac 2017.
 
Sekiranya terdapat masalah dari segi jadual, mohon rujuk terus ke Unit Exam POLIMAS.
 
Pelajar dikehendaki mencetak JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BAGI SESI DISEMBER 2016 dan dibawa ke Pusat Peperiksaan sebagai bukti pendaftaran kursus.
 
Sisipan Susun Atur Dewan dan Jadual Penggunaan Dewan juga perlu diberi perhatian untuk pusat peperiksaan yang melibatkan DEWAN SRI MAS sebagai rujukan kedudukan meja di dalam dewan.
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1.            Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 akan dijalankan pada 01 - 15 April 2017.

2.            Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk memaklumkan dan memaparkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 yang dilampirkan ini kepada pelajar ATAU melalui capaian laman web Jabatan Pengajian Politeknik (http://mypoliteknik.edu.my) pada pautan PELAJAR > JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SELARAS POLITEKNIK KPT SESI DISEMBER 2016 [MUKTAMAD].

3.             Semakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 juga boleh dibuat melalui telefon pintar dengan sokongan Android menggunakan aplikasi MyExam Poly Malaysia yang boleh dipasang melalui Play Store.

4.            Disertakan juga FAQ bagi kes-kes yang biasa mendapat perhatian untuk panduan tuan/puan. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan melalui email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Page 1 of 2

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my