Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Permohonan Asrama Sesi Disember 2017 (Pelajar Senior)

Dimaklumkan permohonan asrama untuk pelajar senior bagi Sesi DISEMBER 2017 dibuka secara atas talian mulai 20 September 2017. Pelajar ‘senior’ yang berminat untuk menduduki asrama POLIMAS diminta mengisi borang permohonan asrama secara atas talian melalui portal spmp.polimas.edu.my (Menu i-Kamsis).

Borang permohonan asrama yang telah lengkap diisi secara atas talian hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan Borang Pengesahan Pendapatan yang lengkap diisi [cetak borang] atau salinan Penyata Gaji ibu/bapa/penjaga ke Pejabat Pengurusan Asrama POLIMAS pada waktu pejabat seperti berikut:

Waktu Pejabat Pengurusan Asrama :

Ahad hingga Rabu     : 8.30 pagi hingga 12.15 tgh

                                     2.30 ptg hingga 4.00 petang

Khamis                       : 8.30 pagi hingga 12.15 tgh

                                     2.15 ptg hingga 3.00 petang

 

Bagi pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri, anda boleh menghantar Borang Permohonan Asrama secara pos ke alamat berikut :

Pengarah,

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,

Bandar Darulaman, 06000 Jitra,

Kedah Darul Aman.

(u.p : Unit Pengurusan Asrama)

Maklumat lanjut kriteria penginapan pelajar asrama di Lampiran ‘A’

Carta alir permohonan asrama pelajar ‘senior’ di Lampiran ‘B’

Tarikh tutup permohonan asrama sesi Dis 2017 pada 19 Oktober 2017 (Khamis), jam 3.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan asrama boleh disemak melalui laman sesawang POLIMAS di www.polimas.edu.my dalam tempoh Empat Belas (14) hari selepas permohonan ditutup.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pengurusan Asrama POLIMAS melalui talian 04-9146100 sambungan 6159, 6161 dan 6162.

Sekian.

 

 

 

Ketua Unit Pengurusan Asrama,

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my