A- A A+

Pilihan Bahasa :

 

 

Jemputan Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan 2017

Salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas
 
2.      Bersama-sama ini, dilampirkan  Surat Jemputan Menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan 2017 anjuran Politeknik Kuching Sarawak untuk perhatian dan tindakan Tuan/Puan .  Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 17 – 21 Mei 2017 di Pusat Petanque Kuching, Santubong Sarawak. Dua kategori akan dipertandingankan iaitu kategori Politeknik/Kolej Komuniti dan Kategori Terbuka.
 
3.      Untuk makluman Tuan/Puan, Borang Penyertaan dan Peraturan Am Pertandingan juga dilampirkan bersama-sama. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diajukan terus kepada Encik Nasirudin (013-3568826) dan Encik Redzuan Safri (019-2467289) atau emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Kerjasama Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 
Bibie Neo
SETIAUSAHA KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA 2017
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM22 JALAN MATANG
93050 KUCHING SARAWAK

                             

     

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account