Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Unit Sistem dan Teknologi Maklumat

Unit Sistem & Teknologi Maklumat (USTM) telah ditubuhkan pada tahun 2001 apabila jawatan Pegawai Sistem & Teknologi Maklumat diwujudkan di POLIMAS. Malah, perjawatan dalam bahagian ICT di POLIMAS telah ditambah dari masa ke semasa. Pada masa sekarang, unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44) dengan dibantu oleh tiga orang Pegawai Teknologi Maklumat (F41), tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) dan seorang Juruteknik Komputer Kanan (FT22) termasuk enam orang Juruteknik Komputer (FT17).

Objektif Utama

Untuk memberi bantuan dan perkhidmatan dalam bidang ICT untuk pengurusan, pengajaran dan pembelajaran aktiviti dalam POLIMAS.

Fungsi utama unit ini seperti berikut:

  • Mengurus dan mengawalselia Sistem Rangkaian Kampus POLIMAS.
  • Mengurus dan mengawalselia Sistem Maklumat Pengurusan Politeknik(PMIS/OPTIMIS)
  • Membangunkan, mengawalselia dan mengemaskini sistem pangkalan data politeknik
  • Membangunkan, mengawalselia dan mengemaskini laman web POLIMAS
  • Memberi bantuan khidmat nasihat dan lain-lain mengenai ICT kepada semua staf.

Semasa proses pendaftaran pelajar, unit ini juga menyediakan Sistem Pendaftaran Pelajar untuk memudahkan dan mempercepatkan pendaftaran pelajar. Disamping itu, unit ini juga membangunkan Sistem Kokurikulum Pelajar untuk kemudahan unit Kokurikulum. Lain-lain sistem yang dikawalselia ialah e-SPKB, e-Perolehan, HRMIS, Sistem Mikro Berkomputer, SISPEN dan Sistem Pengurusan Aset Kerajaan.

Projek Sistem Rangkaian Kampus POLIMAS dibawah projek ESSP dengan dana kewangan Bank Dunia telah siap sepenuhnya pada tahun 2004.Pada awal pengoperasiannya, rangkaian kampus POLIMAS beroperasi dengan Internet talian suwa yang berkelajuan 2 Mbps dan pemasangan peralatan ICT yang berteknologi tinggi. Pada tahun 2005, dibawah kewangan "Crash Program", peralatan rangkaian ICT telah ditambah di bangunan akademik baru dan Unit Pentadbiran baru. Seiring dengan keperluan semasa dan pertambahan bilangan staf di POLIMAS, pada tahun 2008 pihak POLIMAS telah menaiktaraf kadar kelajuan talian suwa Internet kepada 4 Mbps yang membolehkan semua staf dapat bekerja dengan lebih berkesan. Dengan menaiktaraf talian Internet tersebut juga beberapa kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat ditawarkan kepada staf POLIMAS seperti Wireless Internet, Sistem Video Conference dan CCTV.

Pada bulan November 2010, sekali lagi talian Internet di POLIMAS telah dinaiktaraf di bawah projek Malaysia Research And Education Network (MYREN) Fasa 2A yang turut melibatkan 20 politeknik dan 20 kolej komuniti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sehingga kini, dibawah projek MYREN ini, talian Internet di POLIMAS beroperasi dengan kapasiti bandwitdh 10MB (Metro-E). Projek MYREN menggunakan konsep "dedicated network linking research and education entities" di seluruh Malaysia dengan talian Internet dihalakan (routing) mengikut zon dan setiap zon dipusatkan kepada MYREN Core Network.

System & Information Technology Unit (USTM)

System & Information Technology Unit (USTM) was established in 2001 when the position of System Officer & Information Technology was created in POLIMAS. In fact, the posts in the ICT section of POLIMAS have been added from time to time. Currently, this unit is headed by a Senior Information Technology Officer (F44) assisted by three Information Technology Officers (F41), three Assistant Information Technology Officers (F29) and a Senior Computer Technician (FT22) (FT17).

Main objective
To provide ICT assistance and services for management, teaching and learning activities in POLIMAS.

The main functions of this unit are as follows:

-Manage and oversee POLIMAS Campus Network System.

-Managing and monitoring the Polytechnic Management Information System (PMIS / OPTIMIS)

-Develop, supervise and update the polytechnic database system

-Develop, monitor and update POLIMAS websites

-Provide advice on ICT to all staff.

During the student registration process, the unit also provides the Student Registration System to facilitate and speed up student registration. In addition, this unit also develops the Student Co-curriculum System for the co-curriculum unit. Other regulated systems are e-SPKB, e-Procurement, HRMIS, Computerized Micro Systems, SISPEN and Government Asset Management Systems.

The POLIMAS Campus Network System Project under the ESSP project with the World Bank financial fund was fully completed in 2004. At the start of its operation, the POLIMAS campus network operates with 2 Mbps high speed Internet and high technology ICT installations. In 2005, under the "Crash Program" finances, ICT network equipment was added to new academic buildings and new Administrative Units. Along with the current needs and increasing number of staff at POLIMAS, in 2008 POLIMAS upgraded the speed of the Internet's own line speed to 4 Mbps which enables all staff to work more effectively. By upgrading the Internet, several ICT facilities and services can be offered to POLIMAS staff such as Wireless Internet, Video Conference and CCTV.

In November 2010, the Internet line at POLIMAS was upgraded under the Malaysia R & D Network (MYREN) Phase 2A project which involved 20 polytechnics and 20 community colleges fully funded by the Malaysian government. To date, under the MYREN project, the Internet line at POLIMAS operates at 10MB (Metro-E) bandwidth capacity. The MYREN project uses the concept of "dedicated network linking research and education entities" throughout Malaysia with Internet routing according to the zone and each zone is centered on the MYREN Core Network.

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my