Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Unit Kualiti

PENGENALAN

Unit Jaminan Kualiti berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawap untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Unit Jaminan Kualiti telah menerajui 5 unit dibawahnya iaitu Pengurusan Kualiti (ISO), Akreditasi, PolyRate, PolyPmo dan War Room. Unit ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk dan mencapai objektif berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

FUNGSI

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  1. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK.
  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya.
  1. Menjadi rujukan organisasi bagi perlaksanaan SPK dalam memenuhi keperluan srandard dan dokumen kualiti yang berkuatkuasa.
DASAR KUALITI POLIMAS
Dasar kualiti Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

OBJEKTIF KUALITI POLIMAS

a) Kecemerlangan Akademik

  1. Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  2. Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

b) Kecemerlangan Staf

  1. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun.
  2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.

c) Kecemerlangan Proses

1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

Quality Assurance Unit

INTRODUCTION

The Quality Assurance Unit serves as a responsible unit to implement the Quality Management System at Polytechnic Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. The Quality Assurance Unit has led 5 units below it : Quality Management (ISO), Accreditation, PolyRate, PolyPmo and War Room. This unit is designed to ensure that the Quality Management System can be formed and achieved its objectives according to the Quality Policy and Quality Objective.

FUNCTIONS

  • Plan, coordinate, implement and monitor the quality management system (CSR) in accordance with the standard requirements, quality documents and regulations that are enforced.
  • Monitor, make suggestions, and identify continuous improvement opportunities in terms of the implementation of SPK.
  • Plan, coordinate and implement courses, workshops and briefings on SPK aspects and evaluate their effectiveness.
  • Be the reference organization for the implementation of SPK in meeting the needs of standard and quality documents enforced.

POLIMAS QUALITY POLICY

Quality policy Polytechnic Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah is developing the potential of students towards excellence in engineering, commerce and information technology through continuous improvement. Polytechnic of Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah is committed in ensuring that customers' needs are fulfilled through the achievement of quality reviews periodically to ensure the effectiveness of the system. This policy is circulated to be understood by all levels of staff.

POLICY QUALITY OBJECTIVES

Academic Excellence
  • Ensure the passing rate for each program is not less than 90% per semester.
  • Striving to ensure at least 25% of students who pass with the CGPA to 3.00 or more per program per semester
Staff Excellence
  • Make sure every staff attend the course / undergo training for 7 days a year.
  • Ensure Staff Training Plan Schedule is implemented at least 85% within a year.

Process Excellence

  • Ensure that all procedures are implemented effectively / achieved specified performance indicators.


HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my