Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

 

 

Unit Perhubungan & Latihan Industri

Latar Belakang

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPT. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik.

Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki dua kali peperiksaan akhir bagi kursus sijil dan tiga kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.

UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak POLIMAS sentiasa baik dan berterusan.

Objektif

  • Membina personaliti individu
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  • Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
  • Menghasilkan laporan latihan industri

Industrial Relations & Training Unit

Background

Industrial Training is a major component of the curriculum in polytechnics. Students are required to pass industrial training before they are approved for the award of KPT Polytechnics Certificate or Diploma. Students will be placed in government departments or private firms for 20 weeks (one semester) to expose them to a real working environment and different from the atmosphere of polytechnics.

Students are qualified to undergo industrial training after they have completed two final exams for the certificate course and three final exams for the diploma course. Students are given the option to apply for training either through their respective Polytechnic's Industrial Relations and Training Units or make their own application. Students are required to apply for a suitable place of training in the fields studied in polytechnics.

UPLI is also responsible for ensuring that mutual relations between companies / firms offering industrial training facilities to students with POLIMAS are always good and continuous.

Objective

  • Build individual personality
  • Communicate effectively
  • Adopt good ethics and rules of work
  • Provide exposure to the nature of work
  • Produces industry training reports

 

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my