Tukar Saiz Tulisan

A- A A+

Tukar Bahasa

 

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

KEBAJIKAN DAN DISIPLIN

1. Pengurusan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Terdapat beberapa badan tajaan yang boleh dimohon oleh pelajar mengikut
kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan. Antara penaja utama di POLIMAS terdiri
daripada PTPTN, Biasiswa JPA dan KOUK FOUNDATION.


1.1 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Online di laman web PTPTN www.ptptn.gov.my
Pertanyaan : 03-2098 3128

Makluman persediaan awal sebelum membuat permohonan

Dimaklumkan, bermula januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional (PTPTN) hendaklah mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum sebanyak rm20.00
Pembukaan Akaun SSPN melalui Maybank adalah digalakkan untuk untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun.
Pembukaan akaun rasmi bagi Politeknik ialah Akaun BIMB.
Syarat-syarat permohonan boleh dibuat melalui laman web www.ptptn.gov.my.


1.2 SENARAI PENAJA PERINGKAT DIPLOMA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
www.jpa.gov.my

Kuok Foundation Berhad
www.koukfoundation.com

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
www.ptptn.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Yayasan Negeri
Syarikat Swasta
MARA
Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) www.mehe.gov.my
Senarai Lain-Lain Penaja

Lembaga Biasiswa Kedah
Yayasan Kelantan Darulnaim
Kerajaan Negeri Selangor
Yayasan Selangor
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yayasan Perak
Yayasan Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yayasan Terengganu
Yayasan Pahang
Yayasan Pelajaran Johor
Yayasan Felcra
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
Yayasan Negeri Melaka
Yayasan Negeri Sabah
Yayasan Negeri Sarawak
Baitulmal Negeri
Badan tajaan ini boleh dibuat dengan layari laman web negeri berkenaan,
hebahan melalui akhbar tempatan atau boleh dapatkan boring terus dari wisma negeri.


2. Pengurusan Disiplin Pelajar

Kesemua pelajar POLIMAS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi
Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang
dikeluarkan oleh pihak POLIMAS dari masa ke semasa. Buku Panduan dan
Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan
secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di POLIMAS
diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baru.
Pelbagai aktiviti telah dan sedang diatur untuk memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang kelebihan menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.
Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras
dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).


3. Insuran Pelajar

Adalah dimaklumkan semua pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Premium insuran diuruskan semasa pendaftaran oleh Unit Hal-Hal Pelajar pada kadar
RM 15.00 [Ringgit Malaysia: Lima Belas Sahaja bagi setiap tahun pengajian
saudara & saudari di POLIMAS.

Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Unit Hal-Hal
Pelajar secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insuran. Pihak Takaful perlu
dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.

Mulai Sesi Januari 2011 manfaat yang diperolehi hasil caruman insuran ini adalah seperti berikut:
1. Kematian Akibat Kemalangan : RM 18 000.00
2. Keilatan Kekal Akibat Kemalangan : RM 18 000.00
3. Perbelanjaan Perubatan : RM 2 000.00.
4. Elaun Wad RM 50.00 sehari ( maksima 30 hari )

Untuk melicinkan tuntutan, dokumen-dokumen berikut diperlukan:

& Salinan Kad Pengenalan pelajar
& Laporan Polis
& Bil/resit perubatan (Pembelian ubat luar hospital perlu surat arahan doktor)
& Sijil keluar Wad (Discharge Note)
& Sijil Cuti Sakit
& Sijil kematian : bagi kes yang melibatkan kematian
& Permit pengkebumian : bagi kes yang melibatkan kematian
Foto pemohon sebelum & selepas kemalangan : bagi kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal (memfokuskan bahagian keilatan kekal berkenaan).

Sekiranya pelajar tergulung di dalam kategori berikut:

Mengulang semester
Menangguh pengajian
Bertukar dari politeknik lain ke POLIMAS
Sila maklumkan kepada Unit Hal-Hal Pelajar secepat mungkin untuk
menambah atau memperbaharui perlindungan insuran pelajar.



4. Rawatan kesihatan/sakit demam/kematian dan seumpamanya.

Pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan di mana-mana hospital /
pusat kesihatan milik kerajaan boleh mendapatkan Surat Rawatan
Pelajar dari jabatan masing-masing atau dari Unit Hal Ehwal pelajar.
Mengikut surat Jabatan Perkhidmatan Awam dengan nombor Rujukan
JPA(S)133/13(64) bertarikh 27 hb. Januari 1983, pelajar Politeknik
adalah berkelayakan menerima kemudahan rawatan dan kepakaran
serta kemudahan rumah sakit percuma di Wad DUA di hospital-hospital kerajaan.
Kerjasama daripada seluruh warga POLIMAS adalah diharapkan untuk
memaklumkan kepada mana-mana pegawai berikut sekiranya terdapat
sebarang musibah yang menimpa pelajar-pelajar:
Waktu Pejabat hubungi :

- Unit Hal Ehwal Pelajar 04 – 9146131/6140
- Ketua-ketua Jabatan Pengajian pelajar
- Penasihat Akademik pelajar berkenaan

Luar Waktu Pejabat hubungi :
- Pegawai Hal-Hal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) - Tel:019-4745025
- Pegawai Kebajikan Pelajar & Tel : 013-6295506
- Pengetua Kamsis / Ketua Warden ( Pelajar yang menginap di KAMSIS POLIMAS)
- Pegawai Keselamatan di Balai Pengawal POLIMAS.


5. Pendaftaran kenderaan Pelajar

Pelajar POLIMAS yang ingin menggunakan kenderaan di dalam kampus perlu
mendaftarkan kenderaan tersebut di Unit Hal Ehwal Pelajar dengan menggunakan
borang yang disediakan. Pelekat khas mengikut Sesi pengajian akan dikeluarkan
kepada kenderaan yang berdaftar.
Untuk pendaftaran kenderaan pelajar, dokumen-dokumen berikut diperlukan:

i. Satu salinan Kad Pengenalan pelajar
ii. Satu salinan lesen memandu yang sah
iii. Satu salinan Cukai Jalan (untuk motosikal) dan keratan cukai jalan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (untuk kereta).

Pelekat yang dikeluarkan mestilah ditampal di bahagian atas sebelah kanan motosikal
atau di sebelah kiri bawah cermin hadapan kereta untuk menyenangkan tugas-tugas
pengawasan oleh pihak keselamatan.


6. Tabung Kebajikan Pelajar

Tabung Kebajikan Pelajar diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah kewangan ketika berada di POLIMAS. Sumber utama tabung ini adalah peruntukan
yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar POLIMAS.
Syarat permohonan:

i. Keutamaan diberi kepada pelajar yang menghadapi kesempitan wang yang tidak dijangka
bagi mengatasi keperluan penting seperti bayaran yuran pengajian atau ditimpa sesuatu musibah.
ii. Taraf pencapaian akademik di tahap yang baik.
iii. Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib atau ada rekod pelanggaran tetatertib tidak layak memohon.
iv. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Unit Hal
Ehwal Pelajar. Set borang permohonan adalah mengandungi borang permohonan (2 salinan),
sokongan Ketua Jabatan dan borang persetujuan serta jaminan penjamin.
v. Kadar pinjaman adalah sebanyak RM 200.00. Kadar ini tertakluk kepada persetujuan
ahli mesyuarat Tabung Kebajikan Pelajar dan kedudukan kewangan semasa tabung.


7. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

7.1. Objektif penubuhan JPP adalah:
• Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
• Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
• Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
• Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

7.2. Ahli JPP:
Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di POLIMAS KECUALI :
1. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di POLIMAS termasuk pelajar semester 5 integrasi.
2. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
3. Pelajar kursus sambilan.
4. Pelajar yang pernah mengulang semester.
5. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
6. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
7. Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif / Pengarah
POLIMAS kecuali perkara 1 dan 2.
Disebabkan oleh beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti Bilik JPP
yang di dalam proses kelulusan pengubahsuaian, aktiviti JPP POLIMAS pada masa ini
tidak dapat diaktifkan sepenuhnya. Usaha-usaha sedang dibuat untuk menghidupkan
JPP POLIMAS setanding dengan JPP
yang telah aktif di politeknik-politeknik lain. Sekiranya terdapat sebarang masalah
berkaitan JPP POLIMAS, sila hubungi Penasihat JPP POLIMAS.

8. Pengendalian Minggu Suaikenal Pelajar Baru

Minggu Suaikenal (MSK) dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal pelajar melalai satu
Jawatankuasa Induk yang dibentuk dan dipersetujui oleh Pengarah PoliMAS.
Program ini dibantu oleh Fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
Objektif utama MSK adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru terhadap
sistem pengajian di PoliMAS dan membantu pelajar untuk memulakan kehidupan
sebagai pelajar baru dengan lebih bermotivasi.

HUBUNGI KAMI 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my