A- A A+

Pilihan Bahasa :

 

 

Diploma Kejuruteraan Awam

PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)

 

Pengenalan

 

Program Diploma Kejuruteraan Awam menyediakan pengetahuan, kemahiran dan personal untuk pelajar menyesuaikan diri dengan teknologi baru dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan keupayaan untuk menunjukkan sikap profesionalisme dan etika kerja dalam memenuhi tanggungjawab terhadap pencipta, pelanggan dan masyarakat.

Program ini menyediakan pembelajaran secara teori di samping menjalankan kerja praktikal. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang Kejuruteraan Awam seperti Kejuruteraan Grafik, Kejuruteraan  Air & Sumber Air, Alam Sekitar, Kekuatan & Reka Bentuk Struktur, Jalan & Pengangkutan, Pengurusan Projek serta Geoteknik. Program DKA ini direka khas dengan latihan ‘hands-on’ selain pembelajaran teori di dalam kelas.

Pelajar dikehendaki melengkapkan latihan industri untuk menyediakan graduan kepada sektor pekerjaan yang berlainan dalam industri kerana kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh amat berguna untuk industri yang serba moden ini. Pelajar dilatih menggunakan komunikasi yang sesuai dan kemahiran interpersonal bagi melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi.

Graduan akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang baik seperti integriti, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah dan semangat untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang pengkhususan mereka. Mereka akan menguasai kemahiran keusahawanan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejajar pembangunan negara dalam industri pembinaan. Kemahiran tambahan ini akan menjadikan graduan lebih berdaya saing dalam pasaran kerja sekarang.

poster peo

poster plo

 jka

 >>>>>> Muat turun STUDENT STUDY GUIDE

                             

     
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account