A- A A+

Pilihan Bahasa :

 

 

Jabatan Kejuruteraan Awam

PENGENALAN

Salah satu antara jabatan yang berada di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah adalah 
Jabatan Kejuruteraan Awam.Di sinilah para pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam 
akan di tempatkan di sepanjang sesi pengajian mereka Jabatan ini mempunyai seorang Ketua 
Jabatan dan terdiri hampir lebih 93 orang pensyarah yang memiliki kemahiran dan kepakaran 
dalam bidang masing-masing. Kursus Perancangan Bandar Dan Wilayah adalah merupakan 
"niche area" bagi POLIMAS. JKA menawarkan kursus di peringkat diploma dalam bidang berikut :-
1. Diploma Kejuruteraan Awam     |  Muat turun 
2. Diploma Seni Bina 
3. Diploma Perkhidmatan Bangunan 
4. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah 
5. Diploma Ukur Bahan

VISI
Menjadi institusi kecemerlangan TVET yang sejajar dengan keperluan industri.

MISI
Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagi melahirkan
modal insan yang holistik, berdaya keusahawanan serta berdaya saing sejajar
keperluan industri di peringkat glokal.
 
MATLAMAT
-Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang 
berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan 
moral yang tinggi .

-Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan 
serta program kerjasama .

-Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan 
potensi pelajar .

KEMUDAHAN  KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan di JKA supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat 
disampaikan dengan cara yang lebih berkesan . Antara kemudahan pembelajaran yang disediakan 
bilik kuliah , dewan kuliah yang berhawa dingin, studio senibina, studio perancang, makmal 
kejuruteraan awam iaitu makmal jalan raya, makmal hidraulik, makmal ukur, makmal kualiti air, 
makmal perkhidmatan bangunan, makmal konkrit, makmal tanah, makmal struktur, 
makmal computer dan Cad, bengkel kayu, bengkel paip, bengkel elektrik, bengkel mekanikal dan bengkel bata yang mempunyai peralatan yang secukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di JKA menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara 
teori dan amali . Pengajaran di jalankan dengan menggunakan alat bantu mengajar multimedia yang 
bersesuaian seperti LCD, tayangan video, penggunaan komputer, penggunaan peralatan-peralatan 
bengkel dan makmal yang bersesuaian dengan sukatan matapelajaran. 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran masa kini lebih banyak menekankan "Outcomes Besed Education(OBE)".

                             

     

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah(POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Tel : 04-9146100 
Fax : 04-9174232 / 04-9146323
Email: webmaster@polimas.edu.my
            aduan@polimas.edu.my
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account