Ko-Kurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan
dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognetif dan
efektif. Matlamat program ko-kurikulum Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah dan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
amnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan,
mempunyai sifat kepimpinan dan jati diri supaya dapat menunjukkan
perlakuan ke arah semangat kenegaraan dan perpaduan yang jitu.
Penglibatan
dalam ko-kurikulum memberi peluang kepada pelajar mengembangkan
bakat potensi diri dan minat dalam kegiatan yang diceburi. Tenaga
pengajar dan pelajar perlu mempunyai sikap inovetif, kreatif dan
komited untuk mencapai matlamat ini. Ko-kurikulum di politeknik
ini meliputi kegiatan sukan, kelab dan persatuan. Semua kegiatan
mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu
proses pembentukan diri bagi menjadikan pelajar warganegara yang
lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan
matlamat dan falsafah pendidikan negara.
Program dan
aktiviti ko-kurikulum di politeknik ini adalah selaras dengan
perlembagaan, rukun negara dan dasar-dasar kerajaan. Ko-kurikulum
merupakan media bagi mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar.
Oleh itu keanggotaan setiap kelab adalah terdiri dari semua kaum
dan keturunan.