|
Pengenalan
Unit
Sistem & Teknologi Maklumat telah ditubuhkan pada tahun 2001
apabila jawatan Pegawai Sistem & Teknologi Maklumat diwujudkan
di POLIMAS. Malah, perjawatan telah ditambah dari masa ke semasa.
Pada masa sekarang, unit ini telah menerima kehadiran seorang Pegawai
Teknologi Maklumat Kanan (F44),tiga orang Pegawai Teknologi Maklumat
(F41), tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) dan
dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer Kanan (FT22) termasuk enam
orang Juruteknik Komputer (FT17).
Objektif
Utama
Untuk memberi bantuan Perkhidmatan ICT untuk pengurusan, pengajaran
dan pembelajaran aktiviti dalam POLIMAS.
Fungsi utama
unit ini seperti berikut:
- Mengurus
dan mengawalselia Sistem Rangkaian Kampus POLIMAS.
- Mengurus
dan mengawalselia Sistem Maklumat Pengurusan Politeknik(PMIS)
- Membangunkan,
mengawalselia dan mengemaskini sistem pangkalan data politeknik
- Membangunkan,
mengawalselia dan mengemaskini laman web POLIMAS
- Memberi
bantuan nasihat dan lain-lain mengenai ICT kepada semua staf.
Semasa
proses pendaftaran pelajar, unit ini juga menyediakan Sistem Pendaftaran
Pelajar untuk memudahkan dan mempercepatkan pendaftaran pelajar.
Disamping itu, unit ini juga membangunkan Sistem Kokurikulum Pelajar
untuk kemudahan unit Kokurikulum. Lain-lain sistem yang dikawalselia
ialah eSPKB, Sistem Mikro Berkomputer, SISPEN dan lain-lain.
Projek
Sistem Rangkaian Kampus dibawah ESSP dibawah kewangan Bank Dunia
telah siap pada tahun 2004. Sekarang ini, ia telah beroperasi sepenuhnya
dan semua staf dapat berkerja dengan lebih berkesan dengan adanya
internet yang berkelajuan 2 Mbps dan pemasangan peralatan ICT yang
berteknologi terkini. Tahun 2005, kewangan "crash program"
telah menambah keperluan peralatan rangkaian di bangunan baru dan
Jabatan Pentadbiran Baru.
|