|
Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah sebuah institusi di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi yang menyediakan pelbagai bidang kursus diploma
dan sijil. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pelajarnya
supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Salah
satu kemudahan yang disediakan ialah asrama ataupun disebut Kamsis.
Tujuan kamsis ini diwujudkan
adalah untuk:
- Memberi kemudahan tempat
tinggal pelajar yang jauh dari kawasan dan tidak berkemampuan
dari segi kewangan.
- Menjaga keselamatan pelajar
daripada terlibat dengan masalah sosial yang boleh menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak
- Melatih pelajar mendisiplinkan
diri dari segi mental dan fizikal serta menyemai sikap berdikari
dan bertolak ansur.
- Memupuk sikap bekerjasama
dan saling tolong menolong di antara pelajar-pelajar politeknik.
Kamsis POLIMAS telah menyediakan
sebanyak 6 buah bangunan untuk dihuni dan boleh menampung seramai
1266 orang pelajar. Antaranya ialah Blok A, Blok C, Blok D, Blok
E dan Blok F, sementara Blok B masih di dalam pengubahsuaian.
JADUAL KEKOSONGAN ASRAMA YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK KAMSIS BAGI
SETIAP AWAL SEMESTER
|
BIL
|
BLOK
|
JUMLAH
|
| 1. |
BLOK A |
254 PELAJAR |
| 2. |
BLOK C |
232 PELAJAR |
| 3. |
BLOK D |
232 PELAJAR |
| 4. |
BLOK E |
254 PELAJAR |
| 5. |
BLOK
F |
294
PELAJAR |
Blok A , Blok B, Blok C dan
Blok D telah dikhaskan untuk pelajar lelaki dan Blok E dan Blok
F dikhaskan untuk pelajar perempuan.
|