Laman Utama |      


English


Unit Asrama

Carta Organisasi
Ahli Jawatankuasa
Kemudahan
Peraturan
Aktiviti


Informasi







Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah sebuah institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan pelbagai bidang kursus diploma dan sijil. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pelajarnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Salah satu kemudahan yang disediakan ialah asrama ataupun disebut Kamsis.

Tujuan kamsis ini diwujudkan adalah untuk:

  • Memberi kemudahan tempat tinggal pelajar yang jauh dari kawasan dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.
  • Menjaga keselamatan pelajar daripada terlibat dengan masalah sosial yang boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak
  • Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemai sikap berdikari dan bertolak ansur.
  • Memupuk sikap bekerjasama dan saling tolong menolong di antara pelajar-pelajar politeknik.

Kamsis POLIMAS telah menyediakan sebanyak 6 buah bangunan untuk dihuni dan boleh menampung seramai 1266 orang pelajar. Antaranya ialah Blok A, Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F, sementara Blok B masih di dalam pengubahsuaian.

JADUAL KEKOSONGAN ASRAMA YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK KAMSIS BAGI SETIAP AWAL SEMESTER

BIL
BLOK
JUMLAH
1. BLOK A 254 PELAJAR
2. BLOK C 232 PELAJAR
3. BLOK D 232 PELAJAR
4. BLOK E 254 PELAJAR
5. BLOK F 294 PELAJAR

Blok A , Blok B, Blok C dan Blok D telah dikhaskan untuk pelajar lelaki dan Blok E dan Blok F dikhaskan untuk pelajar perempuan.






 


Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232
Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768  piksel