Laman Utama |      





English 


Informasi








SEJARAH RINGKAS

peta polimas

Politeknik Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah (POLIMAS)  terletak di Bandar Darulaman,  Jitra, lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar, ibu negeri Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. 

Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan   pada 14 Mac 1987 dan telah dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 23 Mac 1989. Semenjak dari tarikh ini lahirlah nama Politeknik Sultan  Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

POLIMAS telah berkembang menjadi institusi pendidikan dan latihan teknikal yang mantap. Enrolmen   pelajar telah meningkat kepada hampir 6000 orang dengan bilangan staf mencapai 600 orang.

Pengetua pertama ialah En. Abdul Aziz bin Hasbullah (kini bersara) yang telah menerajui POLIMAS   selama tiga tahun. Pengetua POLIMAS yang ke-2 ialah Tuan Haji Imran bin Idris yang telah   membangunkan institusi ini selama 12 tahun sehingga menjadi institusi yang terkemuka di Malaysia. Pengetua ke-3 POLIMAS ialah Ir. Gan Chee Kuan (kini bersara) telah banyak berjasa dalam   memajukan POLIMAS selama 5 tahun. Pengarah POLIMAS yang ke-4 ialah Dr Khair bin Mohamad Yusof manakala Pengarah ke-5 adalah En. Mohd. Hashim bin Buyong yang telah bersara pada Julai 2007. Kemudian, POLIMAS diterajui oleh Pengarah ke-6 iaitu En. Mohd Gomenon bin Su,juga telah bersara pada Mei 2008. Kini, POLIMAS diterajui oleh Timbalan Pengarah I memangku pengarah, En. Mohd. Noor B. Shahudin.







Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232
Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768  piksel