Laman Utama |      


English




Informasi









KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD


NAMA: KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD


SEJARAH

Politeknik Alor Star (PAOR) kemudian dikenali sebagai Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (POLIMAS) telah dimulakan pada tahun 1984 yang beroperasi di dua tempat iaitu di Sekolah Menengah Teknik Alor Star,Lebuh Raya Sultan Abdul Halim dan di Sekolah Menengah Vokasional, Jalan Stadium. Kemudian pada tahun 1987 politeknik berpindah ke kampus tetap di Bandar Baru Darulaman yang mempunyai keluasan sebanyak 28 hektar (70 ekar). Pelajar-pelajar ketika itu membeli keperluan alat tulis secara sendiri dan kemudiannya melalui Pusat Perkhidmatan Pelajar (3P).

Pada 04 Mei 1988 Penasihat Pusat Perkhidmatan Pelajar, En.Ahmat Sukeri bin Yusup dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Perkhidmatan Pelajar telah menasihatkan supaya membubarkan 3P dan menubuhkan sebuah koperasi. Penubuhan sebuah koperasi telah dicadangkan oleh saudara Saw Eng Hock dan disokong oleh semua ahli jawatankuasa. Tarikh akhir aktiviti di 3P ialah 08 Mei 1988 dan pada 09 Mei 1988 terbubarlah 3P. Mulai dari tarikh tersebut usaha dijalankan untuk menubuhkan sebuah Koperasi.

Pada 04 Oktober 1988, Mesyuarat Agung Koperasi telah menerima dan meluluskan undang-undang kecil Koperasi Politeknik Kedah Berhad. Ketika itu pengerusinya ialah En. Md. Noor bin Baharom, Setiausaha ialah En. Wan Mohd Nasir bin Haji Wan Abdul Rahman, manakala Bendahari ialah En. Mohd Zin bin Mamat. Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia telah mendaftarkan Koperasi ini pada 10 Julai 1989 dengan nama Koperasi Politeknik Kedah Berhad.

ORGANISASI

Nama

Koperasi Polimas Kedah Berhad

Alamat
Politenik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 Jitra
Kedah DA

Kawasan Operasi
Kampus Politenik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Penaung:
Pengarah POLIMAS: Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Penasihat:
Timbalan Pengarah: Tuan Haji Mohamad Ya bin Ayob,AMN

Anggota Lembaga Koperasi:

1. Pengerusi : Pn. Sofiah bte Abdullah Mahdy (Ketua Jabatan Perdagangan)
2. Setiausaha: En.Mohamad Adnan bin Shaharudin(Pensyarah Jabatan Perdagangan)
3. Bendahari : Pn.Intan Shairah binti Che Din(Pensyarah Jabatan Perdagangan)
4. Pengurus Belian: En.Saidon bin Md Saim (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)
5. Pengurus Jualan: En.Asri bin Baharom (Staf Jabatan Pentadbiran)
6. Pengurus Pengurus Pentadbiran I: Pn.Che Rohalan binti Ahmad (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik)
7. Pengurus Pentadbiran II: En.Mohd Anuwar bin Simon (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam)
8. Sdr. Mohd Anuar nin Zainol Abidin (03DKM02F002)
9. Sdr. Dicky Indra Kurniawan bin Ismail (03DKM02F023)
10. Sdri.Siti Melor binti Mohd Aman(03DET02F523)
11. Sdr. Muhammad Arif bin Moksin(03DET02F503)
12. Sdri.Yusniza binti Abdul Hamid(03DAT00F501)
13. Sdr.Mohd Amirul Fadly bin Mohamad(03DPR01F522)

Juruaudit Luar:
Ahmad Zaini Consultant

MATLAMAT:

Matlamat Koperasi ini menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prnsip-prinsip Koperasi.

TUJUAN:

Tujuan utama Koperasi ini ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengguna.

AKTIVITI:

Untuk mencapai matlamat di atas Koperasi boleh menjalankan-
1. menjual peralatan pembelajaran serta lain-lain keperluan kepada anggota-anggota;
2. mengadakan aktiviti kuliah tambahan atau bimbingan atau kelas komputer untuk faedah anggota-anggota;
3. menjalankan aktiviti-aktiviti perusahaan dan perdagangan termasuk aktiviti pengguna;
4. menjalankan aktiviti kontraktor pembinaan, pembekalan dan penyelenggaraan;
5. menjalankan aktiviti pertanian termasuk ternakan yang dapat memberi faedah kepada anggota-anggota;
6. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih;
7. melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perakara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta;
8. menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain, dan
9. mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan mendapat kebenaran Pengetua atau Pengarah(sekarang) dan kelulusan mesyuarat agung.

Ketika ini Koperasi Polimas Kedah Berhad telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti berikut:

a. kedai Koperasi
b. perkhidmatan Fotostat
c. membekal keperluan pendaftaran pelajar baru
d. melabur dalam amanah saham
e. menyediakan khidmat 'vending machine'
f. menaja yuran pengajian pelajar
g. mengambil pelajar sebagai anak angkat Koperasi
h. menyumbang peralatan dan keperluan pelajar
i. menyediakan tempat latihan industri untuk pelajar










Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232
Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768  piksel