|
SEJARAH
PENUBUHAN
DAN PENGENALAN
PUSAT ISLAM POLIMAS

SEJARAH
PENUBUHAN
Proses
menaiktaraf ke Pusat Islam bermula pada tahun 2005. Ia mula digunakan
sepenuhnya pada sesi Januari 2006.
Pusat Islam mempunyai keluasan seluas 600 m² dan boleh menampung
kapasiti solat jamaah sehingga 1000 orang.
PENGENALAN
Pusat
Islam merupakan mercu tanda bagi Polimas dengan dihiasi bumbung
kehijauan merupakan satu kelainan dari bangunan yang lain.Lokasinya
yang strategik sesuai untuk kegunaan bukan sahaja untuk warga Polimas
malah masyarakat sekitarnya. Pusat Islam terletak di bawah penyeliaan
Jabatan Pengajian Am, Unit Pendidikan Islam dari sudut programnya.
Pusat Islam mempunyai rekabentuk yang menarik dengan gabungan warna
hijau-putih dan menerapkan nilai yang tersendiri.
Lokasi Pusat Islam yang bersebelahan padang permainan dan berhadapan
dengan jalan utama menyerikan lagi landskap Pusat Islam. Pusat Islam
juga terletak berhampiran dengan kamsis siswa dan siswi dan ini
memudahkan mereka hadir bagi mengimarahkannya.
Pusat
Islam POLIMAS terdiri daripada ruang solat yang dilengkapi dengan
kipas dinding pada segenap sudut. Dengan kemasan permaidani hijau
dan jubin putih, ruang ini digunakan sebagai ruang bagi solat berjemaah
bagi muslimin dan juga mengandungi ruang solat muslimah di bahagian
belakang. Pejabat Pusat Islam yang bertanggungjawab mentadbir pengurusan
Pusat Islam terletak di bahagian hadapan Pusat Islam. Pusat
Islam secara rasmi telah memohon kepada Jabatan Agama Islam untuk
mendirikan solat Jumaat.
Pusat
Islam (PI) adalah sebuah unit yang ditubuhkan bagi mengendalikan
hal-ehwal kerohanian di Polimas. Penaung kepada Pusat Islam Polimas
terdiri dari Pengarah Polimas dan dibantu oleh Tim. Pengarah Polimas
di samping ia menerima dua orang Penasihat iaitu Tn Hj Ahmad Hilmi
Hj Hassan dan juga Ustaz Zulkifli bin Mohd Noh selaku Ketua Jabatan
pengajian Am. Pusat Islam diketuai oleh seorang Ketua dan dibantu
oleh AJK yang lain terdiri dari staf setiap jabatan yang ada di
POLIMAS. PI juga bertanggungjawab menguruskan dan mentadbir pengurusan
Pusat Islam.
Pusat Islam yang dahulunya dikenali dengan Surau Kamsis diilhamkan
penubuhannya oleh Dr Khair bin Mohamad Yusuf,Bekas Pengarah POLIMAS.
pada Januari 2006. Di bawah Pusat Islam, Rakan Pusat Islam atau
dikenali dengan RAPI dan AJKnya diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti
di kalangan pelajar siswa dan siswi kampus. Pusat Islam sentiasa
mengambil berat keharmonian Pusat Islam dan tidak akan membenarkan
sebarang penggunaan ruang masjid bagi aktiviti yang bercorak berpuak-
puak atau pun politik. Ini bagi menjamin kesucian Pusat Islam sebagai
tempat umat Islam bersatu padu dan mengukuhkan pegangan agama. Bagi
memastikan keharmoniannya terpelihara, Pusat Islam turut dibantu
oleh Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, POLIMAS dan pihak
Kamsis POLIMAS.
|