|
DASAR AGENSI
Dasar agensi
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah membangunkan
potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan,
perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh
secara berterusan. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah komited
untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian
objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan
keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua
peringkat kakitangan.
Objektif Kualiti
Kecemerlangan Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah
a) Kecemerlangan Akademik
- Memastikan kadar kelulusan
bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
- Berusaha memastikan sekurang-kurangnya
25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk
setiap kursus bagi setiap semester.
b) Kecemerlangan Staf
- Memastikan setiap staf
menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun.
- Memastikan Jadual Perancangan
Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh
setahun.
c) Kecemerlangan Proses
- Memastikan semua prosedur
dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang
ditetapkan.
|