Laman Utama |      


English


Jabatan Matematik, Sains
& Komputer


Carta Organisasi
Staf
Aktiviti


Informasi






JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER

 

PENGENALAN


Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan yang terdapat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Darulaman. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh seorang Ketua Kursus di samping terdapat seramai 18 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam. Jabatan ini menawarkan matapelajaran berkaitan Matematik, Sains dan Komputer (modul yang bermula dengan kod ‘B’) yang menjadi asas dalam membentuk tenaga separa profesional yang berkualiti selaras dengan misi POLIMAS.

 

VISI


Menyediakan pendidikan cemerlang dalam matapelajaran berkaitan Matematik, Sains dan Komputer dan berazam melahirkan lulusan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berdaya maju.

MISI


Membantu jabatan-jabatan induk dalam menyediakan program dan latihan berkualiti yang dikendalikan oleh tenaga pengajar terlatih dan profesional untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

 

KAEDAH PENGAJARAN


Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori (bilik kuliah) dan amali (aktiviti di makmal Komputer). Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar seperti penggunaan modul, Komputer dan lain-lain.







Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232
Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768  piksel