Laman Utama |      



English



Jabatan Kejuruteraan
Elektrik

Carta Organisasi
Kursus
Senarai Modul
Kemudahan
Senarai Staf
Aktiviti


Informasi






 

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Elektrik POLIMAS merupakan satu jabatan yang dinamik dalam menjalankan tugasnya sebagai satu bahagian penting dalam organisasi POLIMAS. Di bawah bimbingan Ketua Jabatan kami yang prihatin dan berwibawa, Jabatan Kejuruteraan Elektrik POLIMAS melahirkan graduan dalam bidang Elektrik dan Elektronik yang mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan swasta negara. Jabatan ini mempunyai 77 pensyarah yang dibantu oleh 3 juruteknik serta 1 Pembantu Am Rendah.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik menawarkan dua kursus di peringkat Diploma dan satu kursus di peringkat Sijil. Kursus yang ditawarkan adalah :
a) Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
b) Diploma Kejuruteraan Elektrik
c) Diploma Kejuruteraan Elektronik

JKE juga mengadakan program 'Bridging' untuk pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Pelajar 'Bridging' ini akan melalui satu semester peralihan sebelum mengikuti kursus Diploma.

Pentadbiran akademik jabatan dibahagikan kepada tiga bidang kursus utama yang diketuai oleh seorang Ketua Kursus masing-masing. Bidang Kursus ini adalah :


• Kursus Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
• Kursus Kejuruteraan Elektronik (Teknologi Komputer)
• Kursus Kejuruteraan Elektrik (Kuasa dan Kawalan)


MISI JKE


Menyediakan Pendidikan dan latihan berkualiti di dalam bidang kejuruteraan elektrik bagi melahirkan tenaga kerja separuh mahir seiring dengan keperluan negara.

VISI JKE


Menjadi pusat pendidikan kejuruteraan elektrik yang komited untuk melahirkan pelajar yang berpotensi, mampu berdikari dan berakhlak mulia untuk menjunjung wawasan negara.

 



Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232
Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768  piksel