|
Pengenalan
Salah
satu antara jabatan yang berada di Politeknik Sultan Abdul Halim
Mua'dzam Shah adalah Jabatan Kejuruteraan Awam . Di sinilah para
pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam akan di tempatkan
di sepanjang sesi pengajian mereka . Jabatan ini mempunyai seorang
Ketua Jabatan dan terdiri hamper lebih 108 orang pensyarah yang
memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing . JKA
menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang berikut
:-
1.
Sijil Kejuruteraan Awam
2. Sijil Seni Bina
3. Sijil Perkhidmatan Bangunan
4. Sijil Perancang Bandar dan Wilayah
5. Sijil Ukur Bahan
6. Diploma Kejuruteraan Awam
7. Diploma Perkhidmatan Bangunan
VISI
Menyediakan
Pendidikan dan latihan di bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf
pada peringkat antarabangsa .
MISI
Menyediakan
program dan latihan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan dengan
kemudahan dan peralatan terkini yang dilaksanakan oleh pengajar
terlatih dan professional untuk melahirkan lulusan separa professional
yang kompeten, inovatif dan kreatif di bidang kejuruteraan awam
.
MATLAMAT
Menyediakan
program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan
lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi
serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi .
Memupuk
dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan,
lawatan serta program kerjasama .
Menyediakan
program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan
dan potensi pelajar .
KEMUDAHAN
JABATAN
Pelbagai
kemudahan disediakan di JKA supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan . Antara kemudahan
pembelajaran yang disediakan bilik kuliah , dewan kuliah yang berhawa
dingin, studio senibina, studio perancang, makmal kejuruteraan awam
iaitu makmal jalan raya, makmal hidraulik, makmal ukur, makmal kualiti
air, makmal perkhidmatan bangunan, makmal konkrit, makmal tanah,
makmal struktur, makmal computer dan Cad, bengkel kayu, bengkel
paip, bengkel elektrik, bengkel mekanikal yang mempunyai peralatan
yang secukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran
KAEDAH
PENGAJARAN
Proses
pengajaran dan pembelajaran di JKA menggabungkan kedua-dua kaedah
pengajaran secara teori dan amali . Pengajaran di jalankan dengan
menggunakan alat bantu mengajar multimedia yang bersesuaian seperti
OHP, tayangan video, penggunaan komputer, penggunaan peralatan-peralatan
bengkel dan makmal yang bersesuaian dengan sukatan matapelajaran
.
|