COUNTDOWN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31

Time passed:
8 8
4 4
1 1
6 6
3 3
9 9
2 2
3 3

LAMAN WEB RASMI KONVOKESYEN POLIMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bakal graduan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-31 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Laman web ini merupakan laman web rasmi Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah. Tujuan laman ini diwujudkan adalah untuk memudahkan para graduan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen yang bakal berlangsung. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama kepada semua graduan agar dapat memahami segala prosedur yang perlu di ikuti bagi melancarkan Istiadat Konvokesyen ini. Pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan berbesar hati mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang akan bergelar graduan pada Istiadat Konvokesyen Kali Ke-31 ini.  

 Nota Untuk Para Graduan:

Langkah 1: Semak nama anda mengikut sidang

Langkah 2: Baca buku panduan konvokesyen dengan teliti dan fahamkan arahan

Langkah 3: Buat bayaran Yuran Konvokesyen di mana-mana KAUNTER Bank Islam seluruh Malaysia (No. Akaun 02039010069395 atas nama KOPERASI POLIMAS KEDAH BHD ) mulai 28 Julai 2017 hingga 25 Ogos 2017 dan simpan slip bayaran

                           HADIR - RM200

                   TIDAK HADIR - RM100

Langkah 4: Selepas 48 jam bayaran di buat, akses Sistem e-Konvo untuk pengesahan kehadiran dan cetak Slip Pengesahan

Langkah 5: Isi borang-borang yang berkaitan dan bawa bersama pada hari konvokesyen beserta slip bank dan slip pengesahan kehadiran

Langkah 6: Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk akses Sistem e-Konvo, emailkan : Nama,No. KP,No Matrik,Jabatan dan slip bayaran bank ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

PENGUMUMAN

  1. PEMBAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM BOLEH MULA DILAKUKAN MULAI 28 JULAI 2017
  2. TARIKH AKHIR BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM ADALAH PADA 25 OGOS 2017 SAHAJA.
  3. SEBARANG BAYARAN DI BUAT SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DI LAYAN
  4. BUKTI PEMBAYARAN MELALUI BANK ISLAM TIDAK PERLU DI EMAILKAN KEPADA PIHAK POLIMAS KECUALI JIKA TERDAPAT MASALAH UNTUK AKSES SISTEM E-KONVO.
  5. SILA JELASKAN YURAN KONVOKESYEN DI AKAUN BANK ISLAM BERIKUT : 02039010069395 ( KOPERASI POLIMAS KEDAH BHD )
  6. SEMUA PEMBAYARAN YANG DILAKUKAN PADA HARI KHAMIS DAN JUMAAT HANYA AKAN DIKEMASKINI PADA HARI AHAD.
  7. SEBARANG PEMBAYARAN MELALUI CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) TIDAK AKAN DITERIMA OLEH PIHAK POLIMAS DAN AKAN MENYEBABKAN PARA GRADUAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGAKSES SISTEM E-KONVO

 

KLIK DISINI UNTUK SEMAKAN NAMA GRADUAN MENGIKUT SIDANG

COKMAR1